Tuesday, 25 February 2014

Tuesday, 11 February 2014

Batu Bukit - RT7


Spesis Batu Bukit gred A

Nilai Batu Bukit diukur dari segi Kesenian 'karang batu', clarity, cut, objek, imej, kontra dan beberapa kriteria lain lagi. Bukan semua orang faham akan seni dan kecantikan sesuatu batu bukit itu kerana caranya agak kompleks tidak seperti Zamrud dan Delima.
Rm350

Monday, 3 February 2014

Permata Yang Baru Di lombong

Sebelum proses mencanai dilakukan, seni dan urat batu dikaji dan dinilai

Kemudian proses lakaran dibuat pada batu yang dijangka berpotensi untuk menjadi cantik

Sunday, 2 February 2014

Koleksi Batu tok Wali Terakhir

A= Rm2000,  B= Rm1000, C= Rm3500,   Batu Tok Wali original ialah yang dijumpai dalam dasar sungai di sebuah bukit daerah Pattani. Tiga bongkah besar terakhir dalam simpanan tuan blog.

Yang ni mempunyai bentuk yang unik, dah macam batu bersurat.



Friday, 31 January 2014

Batu Tok Wali - A

Sejarah batu penawar tok wali ni sangat panjang kalau nak diceritakan dari awal, ia mempunyai 1001 khasiat berdasarkan testimoni dari mereka yang telah memakainya. Daripada histeria, sakit gigi, resdung, terkene sengatan haiwan berbisa, payah bersalin, demam panas, terkena gangguan makhluk halus hinggalah kepada ayam yang terkena penyakit hawar boleh di ikhtiarkan. Sekali dengar macam tak logik berbagai jenis penyakit berjaya disembuhkan dengan sejenis batu, tapi inilah kenyataannya dengan izin Allah s.w.t.. Berdasarkan pengalaman mereka yang telah memakai batu ini, kulit pemakai juga tidak akan melecur jika terkena benda panas dengan syarat batu ini dipakai bersentuhan dengan kulit.


Batu ini dijumpai dalam sungai daerah pattani oleh seorang hamba Allah setelah mendapat alamat melalui mimpi berulang kali. Ia dipercayai sejenis meteor berdasarkan kandungan logam yang amat tinggi didalamnya sehingga melekat pada tarikan magnet. Diceritakan ramai orang pattani yang tidak lut ditembak atau terkena peluru sesat apabila memakai cincin dari batu ini, sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti tetapi ada logiknya kerana terdapat sejenis logam dipercayai besi qursani (besi kuning) didalamnya. besi qursani dikatakan sebagai raja bagi segala jenis besi, yang menyebabkan besi lain tunduk kepadanya.

Kandungan bahan dalam debu batu tok wali boleh digunakan sebagai ubat kepada segala jenis penyakit kulit, dengan cara mencampurkan debu batu tok wali kedalam air mawar lalu disapukan pada permukaan kulit yang bermasalah.
Menurut mereka yang arif tentang batu tok wali, Sebongkah besar batu tok wali begini adalah lebih baik direndam dalam kolah dan digunakan untuk mandian, kandungan mineral didalamnya dipercayai dapat menguatkan tubuh badan seseorang.

tentang cara penggunaan:
- sakit gigi / resdung: rendam batu tok wali dalam suatu tempoh masa yang lama, airnya dibuat berkumur dan minum
- demam panas, histeria: minum dan mandi air batu tok wali yang telah direndam dalam suatu tempoh masa yang lama
- terkena sengatan haiwan berbisa: sapu setitik air masak pada tempat terkena sengatan dan rapatkan batu tok wali pada tempat terkena sengatan, anda akan terasa seperti batu tok wali menyedut bisa keluar dari badan, (boleh diuji dengan sengatan lebah) InsyaAllah.
Boleh dicanai menjadi ribuan permata dan aksesori lelaki atau wanita, seperti loket, gelang dan tasbih
Rm2000


Saturday, 4 January 2014

Batu Bukit - DL2 - RARE

Objek karang didalamnya sangat halus dan kelihatan seperti hidup

Potongan buah jantan sempurna

Rm450

Wednesday, 18 December 2013

Monday, 16 December 2013

Kristal Dalam Batu - Rare

Permata Batu Bukit yang unik kerana terdapat sebiji batu kristal didalamnya.

Objek kristal didalamnya nampak jelas, kerana isi batu yang bersih, tidak berkabus seperti mana batu bukit yang lain.

Rm380

Monday, 2 December 2013

Akik Yaman Bunga - Rare

Last stok spesis Akik Yaman Bunga yang sukar diperolehi. Buah panjang dengan berat bersih +-19.3 carat 

Rm350

Sunday, 1 December 2013

Batu Mentah - Nilam Hijau

Permata Nilam Hijau yang masih berada dalam keadaan asal / belum dicanai.

Tak perlu canai, just ikat macam ni untuk menjadikannya lebih unik.

Rm190

Saturday, 23 November 2013

Batu Bukit - Terpilih

Batu Bukit ni tergolong dalam kategori unik kerana terdapat suatu pemandangan yang kelihatan hidup dalam permata, jika pandai menggunakan Diamond Loup anda dapat mengembara ke dalam suatu dunia indah yang terdapat awan-awan putih yang penuh dengan logam-logam / besi berbentuk cubic halus.
Bahagian tepi permata berlubang semulajadi, jika di zoom in dan zoom out dengan Diamond loup melalui kaedah dan teknik yang betul akan kelihatan seperti pintu gua yang dapat menembusi sehingga dalam permata. Semasa penerokaan pastikan terdapat cahaya yang mencukupi dan menggunakan Blue Lense Diamond Loup. 
Rm700

Saturday, 16 November 2013

Akik Yaman Bertulisan Arab - Rare

Baru sampai dari tanah arab, kawan yang tolak kat saya tak sedar ada tulisan abstrak seakan-akan ejaan 'Muhammad', kalau tuan asal nampak tulisan ni gerenti dia tak jual.

Rm450