Monday 12 January 2015

Teras Gemunggal - Tunggul

Khasiat Teras pokok Gemunggal memang sudah diketahui umum, Ianya antara kayu paling mahal dalam dunia dan dibuat permata cincin. Berbeza dengan kayu Mahogany yang digunakan untuk membuat perabot mewah. 
Bukan  semua orang dapat membezakan  antara Teras Gemunggal asli dan Teras Gemunggal Tiruan (teras pokok semeru) kerana corak uratnya yang hampir sama. Ramai yang terbeli teras pokok semeru kerana gemunggal asli sangat sukar untuk diperolehi dan jarang orang jual. Teras gemunggal ini telah pun diuji dengan asid.

Teras Gemunggal yang ni agak special case, terdapat teras di dalam teras, kebiasaan teras gemunggal kampung berwarna kuning/ coklat.. yang ini pula terdapat gabungan warna hitam dan debunya pula berwarna oren.
 Ianya koleksi teras gemunggal paling tua yang tuan blog ada. Ditemui secara kebetulan di tempat pembakaran sampah, ketika ditemui ianya dah tinggal tunggul kecil, tiada siapa tahu sejak bila wujudnya pokok gemunggal dikawasan tu.