Wednesday 18 December 2013

Monday 16 December 2013

Kristal Dalam Batu - Rare

Permata Batu Bukit yang unik kerana terdapat sebiji batu kristal didalamnya.

Objek kristal didalamnya nampak jelas, kerana isi batu yang bersih, tidak berkabus seperti mana batu bukit yang lain.

Rm380

Monday 2 December 2013

Akik Yaman Bunga - Rare

Last stok spesis Akik Yaman Bunga yang sukar diperolehi. Buah panjang dengan berat bersih +-19.3 carat 

Rm350

Sunday 1 December 2013

Batu Mentah - Nilam Hijau

Permata Nilam Hijau yang masih berada dalam keadaan asal / belum dicanai.

Tak perlu canai, just ikat macam ni untuk menjadikannya lebih unik.

Rm190

Saturday 23 November 2013

Batu Bukit - Terpilih

Batu Bukit ni tergolong dalam kategori unik kerana terdapat suatu pemandangan yang kelihatan hidup dalam permata, jika pandai menggunakan Diamond Loup anda dapat mengembara ke dalam suatu dunia indah yang terdapat awan-awan putih yang penuh dengan logam-logam / besi berbentuk cubic halus.
Bahagian tepi permata berlubang semulajadi, jika di zoom in dan zoom out dengan Diamond loup melalui kaedah dan teknik yang betul akan kelihatan seperti pintu gua yang dapat menembusi sehingga dalam permata. Semasa penerokaan pastikan terdapat cahaya yang mencukupi dan menggunakan Blue Lense Diamond Loup. 
Rm700

Saturday 16 November 2013

Akik Yaman Bertulisan Arab - Rare

Baru sampai dari tanah arab, kawan yang tolak kat saya tak sedar ada tulisan abstrak seakan-akan ejaan 'Muhammad', kalau tuan asal nampak tulisan ni gerenti dia tak jual.

Rm450

Wednesday 13 November 2013

Akik Sungai - Perhatian Sahabat Sarawak

Batu akik sungai direndam didalam air Zam zam untuk mengekalkan aura sejuknya supaya sentiasa berada dalam keadaan habitat asalnya.



Pokok Bohor Putih

Contoh pokok Bohor Putih, ia tumbuh di dasar laut dan amat sukar diperolehi. Bohor Putih lebih rare dari Bohor Hitam dan jarang ada saiz besar ni. mempunyai aura yang sejuk dan digunakan sebagai penawar turun-temurun masyarakat melayu dahulukala. Bahagian umbi pokok keras macam batu, ia dijadikan hulu dan sarung keris golongan pembesar zaman dahulu. Sebiji permata dijual pada harga Rm120, terhad 5 orang sahaja kerana selebihnya akan dijadikan pameran koleksi barangan rare.

Tuesday 5 November 2013

Selected Amethyst - A9D (SOLD)

-Spesis Amethyst warna manis dengan isi kapas
-Potongan buah jantan dan tinggi
21.9 carat

Rm230

Sunday 20 October 2013

Batu Dalam Batu - RARE (SOLD)

-Sangat jarang ada, terdapat sebiji objek 3D menyerupai sebiji batu didalam sebiji batu bukit
- Isi batu bukit adalah clear / tidak berkabus sekaligus objek didalamnya kelihatan sangat jelas dan nyata



Monday 14 October 2013

Thursday 10 October 2013

Sunday 6 October 2013

Batu Akik - Pear Cut

Kelebihan terletak pada
- Potongan permata pear cut yang memang sudah terbentuk secara semuladi (tidak dicanai seperti kebiasaannya)
- Corak yang unik terbentuk dari dalam permata (bukan dari luar permata seperti kebiasaan batu akik lain).
- Warna yang cantik sesuai dipakai dengan semua jenis pakaian
- Satu alternatif baru bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pemakaian cincin  
 

Rm270

Cincin Akik - Imej Tongkat / Tornado

Koleksi Akik terpilih, kelebihan terletak pada
- Imej terpilih seperti sebatang tongkat / Alif / puting beliung
- Imej kelihatan hidup seperti sebuah lukisan abstrak
- Ikatan dari perak Bali
- Rm650

Cincin Permata Akik - Imej Ayam Serama

Koleksi akik terpilih, kelebihan terletak pada
-  Imej terpilih (dua ekor ayam serama yang membawa erti/simbolik sifat-sifat positif)
- Imej kelihatan seperti sebuah lukisan abstrak
- kolaborasi warna yang secocok dan sesuai berada dijari ahli perniagaan terutamanya pengusaha ternakan yang berkaitan dengan burung, Ahli Akademik dan Doktor.
-ikatan dari perak Bali.

- Rm 550

Wednesday 2 October 2013

Batu Bukit - Bijih Besi

Spesis batu bukit yang jarang-jarang ada, terdapat biji-biji logam halus seperti asteroid yang berterbangan di angkasa

Bahagian bawah batu pun terdapat biji-biji besi. Rm750


Monday 15 July 2013

Spesis Terakhir Akik Buah Kabung

Spesis terakhir akik buah kabung dengan objek seperti dua keping besi didalamnya

Terdapat berbagai kepercayaan mengenai kelebihan batu yang mengandungi besi

Rm 350

Tuesday 21 May 2013

Iron Tiger Eye - Terpilih

Gewang / balikan cahaya berada pada tahap cemerlang dengan corak urat besi yang seakan-akan  dentuman petir, ianya melekat pada tarikan magnet.

Intonasi warna yang menarik, warna kuning lebih banyak dari warna gelap dengan gabungan urat besi pada permukaan batu, dah jadi macam batu Firuz dah tiger eye ni.... 



Batu Bukit Satu Dalam Sepuluh Juta - RARE


Batu bukit ni ditemui di Gunung Ledang oleh sahabat saya sendiri, asal nya besar lagi. Yang peliknya terdapat sekeping logam / besi berbentuk pentagon didalamnya. Rm 11,111

Ada pendapat mengatakan logam itu ialah Besi Qursani, BesiMelilih, Besi Kuning dan Ibu Besi, masih belum disahkan yang mana satu betul dan apakah kegunaan dan khasiat besi ghaib ini. Yang pasti ianya bukanlah calang-calang besi kerana dapat telus kedalam batu tanpa ada kesan rekahan sedikit pun


Kehebatan kuasa tuhan, bagaimana besi berbentuk pentagon ini boleh masuk kedalam batu quartza yang rapuh tanpa memecahkannya? adakah besi yang sifat umumnya keras boleh jadi lebih lembut dari batu? 

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..." (QS Al-Hadid: 25)