Monday, 15 July 2013

Spesis Terakhir Akik Buah Kabung

Spesis terakhir akik buah kabung dengan objek seperti dua keping besi didalamnya

Terdapat berbagai kepercayaan mengenai kelebihan batu yang mengandungi besi

Rm 350

Tuesday, 21 May 2013

Iron Tiger Eye - Terpilih

Gewang / balikan cahaya berada pada tahap cemerlang dengan corak urat besi yang seakan-akan  dentuman petir, ianya melekat pada tarikan magnet.

Intonasi warna yang menarik, warna kuning lebih banyak dari warna gelap dengan gabungan urat besi pada permukaan batu, dah jadi macam batu Firuz dah tiger eye ni.... 



Batu Bukit Satu Dalam Sepuluh Juta - RARE


Batu bukit ni ditemui di Gunung Ledang oleh sahabat saya sendiri, asal nya besar lagi. Yang peliknya terdapat sekeping logam / besi berbentuk pentagon didalamnya. Rm 11,111

Ada pendapat mengatakan logam itu ialah Besi Qursani, BesiMelilih, Besi Kuning dan Ibu Besi, masih belum disahkan yang mana satu betul dan apakah kegunaan dan khasiat besi ghaib ini. Yang pasti ianya bukanlah calang-calang besi kerana dapat telus kedalam batu tanpa ada kesan rekahan sedikit pun


Kehebatan kuasa tuhan, bagaimana besi berbentuk pentagon ini boleh masuk kedalam batu quartza yang rapuh tanpa memecahkannya? adakah besi yang sifat umumnya keras boleh jadi lebih lembut dari batu? 

"…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..." (QS Al-Hadid: 25)




Wednesday, 8 May 2013

King Of The Black Sapphire - Triple Star



Tersangat jarang ada, terdapat tiga bintang berkembar yang berada dalam satu garisan




Sunday, 14 April 2013

Permata Nilam Putih - Rare Kod h1

Nilam putih dengan corak yang unik dan ada star yang kuat pada permukaan batu

Sekali tengok corak urat pada permukaan batu dah sebiji macam batu marmar tapi siapa sangka ianya adalah nilam
Rm 520


Saturday, 23 March 2013

Rock Crystal Code A1

Selepas dibuat penelitian yang rapi, batu bukit ini berjaya memasuki blog permataraya disebabkan gabungan seni antara bahagian putih opac, bahagian merah dan bahagian transparent yang menghasilkan suatu kombinasi corak lukisan yang menarik.

Unik, kebiasaan batu bukit dicanai dalam bentuk cabochon, jarang dicanai cutting

Rm 265

Tuesday, 19 March 2013

Batu Jarum Hitam Kalimah Lam Alif

Menurut orang tua-tua, batu atau kayu yang ada Lam Alif ada kegunaan yang tertentu dalam ilmu kebatinan.
Terdapat tiga Lam Alif terbentuk seolah-olah jarum hitam itu telah disusun dengan teliti, kebiasaannya batu jarum hitam berada dalam keadaan berceracak. Rm1200

Wednesday, 13 March 2013

Natural Agate

Batu Akik asli dengan imej seperti manusia sedang duduk bersila didalamnya


Imej semakin jelas dibawah cahaya lampu suluh

Bahagian bawah batu
MYR 13313

Salam Perkenalan Dari Tuan Blog